Satu ketika, untuk sekian lama, waktu melakukan muhasabah diri, terfikir: "dah lama aku jarang berkongsi kisah-kisah sedih dalam hidup dengan orang lain". Bukan kerana tiada episod sedih dalam hidup ini selama hidup ini berlangsung, (mana mungkin ia berlaku kerana dunia ini ada pasang surutnya), namun akhirnya aku mengerti bahawa nikmat yang diperolehi membuatkan aku malu untuk mengeluh hatta kepada manusia apatah lagi kepada Allah dari sebarang derita yang aku tanggung.
Waktu tiba rasa sedih ingin menjelma, aku paksakan diri untuk menjengah kisah derita orang lain. Kebanyakan yang aku temui, ia lebih sukar dari kepayahan yang ku alami. Terkadang sekulumit dari derita orang pun aku rasakan tidak sanggup untuk ku tanggung. Namun aku mengerti insan yang diuji itu pasti insan yang hebat (insyaAllah). Tambah pula mudah-mudahan itu jalan untuk mereka memperolehi kasih sayang Allah di kala ujian melanda. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam buat mereka yang ditimpa ujian: "Sesungguhnya Allah apabila Dia kasih akan hambaNya maka dia akan mengujinya". Buka lembaran hidup Nabi Ayyub yang menanggung derita kepayahan kesakitan bukan sehari dua bahkan memakan masa bertahun-tahun sehingga gugur daging-dagingnya, yang tinggal hanya tulang tubuhnya semata, namun kekal lidah dan hatinya mengucap syukur.
Teringat pesan guru-guruku, golongan salaf ketika mereka ditimpa derita, mereka merasa bahagia dalam hati. Sedang mereka berada dalam nikmat dan bahagia mereka merasa risau dan bimbang. Mengapa begitu? Mereka sangat meyakini bahawa "sesungguhnya selepas dari kepayahan itu kesenangan,hanyasanya selepas kepayahan itu kesenangan. Lantas; jika lepas kepayahan itu kesenangan, adakah mustahil selepas kesenangan akan datang pula kepayahan?
Lalu apa yang membuatkan dirimu perlu untuk menghitung derita, sedang nikmatNya pun belum habis engkau hitung? Benarlah sabda Nabi: "Ajaibnya keadaan orang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik-baik belaka. Di kala dikurnia nikmat dia bersyukur, di kala ditimpa derita dia bersabar".
Sibukkan dirimu dengan menghitung nikmat-nikmat Allah, mudah-mudahan ia membantumu melupakan sekelumit derita yang engkau tanggung.
Selamat mengunjungi laman aburaihanah.blogspot.com..
AL-QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN
AL-QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN
Segala pujian bagi Allah yang telah
mengurniakan rasa bahagia dalam diri manusia. Solawat dan salam ke atas
junjungan mulia Nabi Muhammad r yang telah menunjukkan teladan dan memberikan panduan ke arah mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Kefahaman Manusia Terhadap Kebahagiaan:
Sesungguhnya, kebahagiaan itu adalah sesuatu
yang didambakan oleh setiap manusia. Ia menjadi matlamat terakhir yang ingin
dicapai dalam kehidupan seorang yang bergelar insan. Kefahaman atau
interpretasi manusia terhadap makna kebahagiaan pula bersifat subjektif. Setiap
soalan tentang maksud bahagia bagi setiap orang berkemungkinan menghasilkan
jawapan yang berbeza-beza. Kemungkinan makna kebahagiaan di sisi seorang kanak-kanak
ialah apabila dia berada di sisi kedua
ibu dan ayah yang sanggup untuk menunaikan apa sahaja hasrat keinginannya.
Manakala bahagia seorang ibu dan ayah apabila anak yang dilahirkan, dibesarkan
dan diberikan didikan itu berjaya dalam kehidupannya seterusnya dapat berbakti
kepada kedua orang tuanya. Mungkin juga rasa bahagia orang miskin dan orang
kaya juga berbeza. Namun, kesemuanya boleh menerima apabila bahawa kebahagiaan
itu asalnya berada dalam sanubari setiap insan, bukan pada fizikal mereka.
Oleh sebab itulah, bagi sebahagian manusia yang
mencari kebahagiaan melalui material yang diangkat sebagai sumber atau matlamat
kebahagiaan sebenar, kerap kali menemui kegagalan dalam pencarian tersebut
melainkan ianya hanya dijadikan sebahagian dari sebab untuk mendapat
kebahagiaan semata-mata dengan syarat-syaratnya perlu dipenuhi.
Pelbagai ragam manusia yang mencari kebahagiaan
pada pentafsiran nafsu, bukan berpandukan wahyu yang memimpin akhirnya pasti
akan menemui kegagalan atau tidak bertemu jawapan. Jawapan yang ditemui oleh
mereka setelah memperolehi apa yang didakwa di situlah wujudnya bahagia adalah
sebenarnya bahagia itu tidak pernah ada. Bahkan mungkin sahaja mereka
menuturkan aku tidak ingin bahagia, atau tiada ada apa yang diistilahkan
sebagai bahagia sedang waktu itu mereka sedang berada di Hospital Bahagia!
Lalu, bagaimana sebenarnya kebahagiaan itu
dapat ditemui? Bagaimana untuk mencarinya? Bicara ringkasnya, sesuatu yang
dicari hanya akan ditemui pada pemiliknya yang memilikinya. Andai anda ditanya,
siapakah pemilik kebahagiaan. Jawapan seorang mukmin dan muslim, Allahlah
Pemilik kebahagiaan yang sebenar. Pasti akan ditemui panduanNya untuk sekalian
makhluknya tatacara dan panduan bagaimana untuk menemui, memperolehi dan
mengecapi kebahagiaan.
Erti Kebahagiaan:
Andai dilihat dari kalimah (سَعَدَ) yang menjadi kata perbuatan sehingga
terhasil darinya kalimah (السعادة),
ia diberikan kefahaman dari segi bahasanya sesuatu yang lawan kepada derita ( نقيض شقي ).
Manakala bahagia (السعادة) dari segi istilahnya diberi erti suasana
senang dan aman, aman damai serta gembira, beruntung. Manakala perasaan bahagia
bermaksud kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan.[1]
Abu Mansur al-Maturidi (Meninggal dunia tahun
333H) menyatakan bahagia (السعادة) bermaksud apa yang dirasai oleh hati dari
ketenangan, ia merupakan satu cahaya dalam hati yang memberi ketenangan kepada
yang merasainya di dunia dengan
keimanan, dan di akhirat nanti dengan melihat kepada Zat Allah yang Maha
Pemurah Lagi Maha, dan memasuki syurgaNya.
Justeru, apabila disebut kalimah bahagia, ia
berkaitan sesuatu yang bersifat dalaman (rasa dalam hati). Ia perasaan sebenar,
bukan khayalan atau buatan sementara manusia yang menyangka ia semata-mata
ciptaan mereka, bukan kurniaan dari Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya ‘Iman dan
Kehidupan’ menceritakan sebuah kisah pergaduhan antara suami dan isteri
di mana pada suatu hari seorang suami marah kepada isterinya dengan berkata:
“Aku akan memusnahkan kebahagiaanmu.” Lalu isterinya menjawab: “Engkau tidak
akan dapat merampasnya dari diriku.” Suaminya berkata lagi: “Mengapa aku tidak
mampu (untuk mengambilnya)?.” Dengan tenang isterinya menjawab: “Andainya
kebahagian itu berada pada wang ringgit nescaya (engkau mampu) menahannya
dariku, atau andai ia berada pada perhiasan-perhiasan maka engkau boleh
mentiadakan ia dariku, tetapi ia sesuatu yang engkau dan manusia yang lain pun
tidak memilikinya. Maka tanya si suami: “Apakah ia? Maka jawab isteri dengan
yakin: “Aku mendapati kebahagiaan pada keimananku,
dan keimananku berada dalam hatiku, dan hatiku ini tiada yang mampu
menguasainya melainkan Tuhanku.”
Sesungguhnya inilah kebahagian yang sebenar. Ia
tidak dimiliki oleh sesiapa pun dari kalangan manusia sehingga dia mampu
mengurniakan, dan mereka tidak memilikinya sehingga mampu untuk mencabutnya
daripada sesiapa sahaja. Itulah kebahagian yang dirasai oleh orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Inilah kehidupan yang bahagia, andai ianya diketahui
oleh para raja, nescaya mereka akan berusaha merebutnya daripada kita dengan
pedang-pedang.[2]
Mungkin inilah yang cuba digambarkan oleh Ibn
Taimiyah rahimahullah ketika berhadapan dengan ancaman daripada musuh-musuh
dakwahnya: “Apa yang ingin dilakukan musuhku terhadap diriku? Diriku, syurgaku dan tamanku di dalam dadaku
sesungguhnya aku telah melewatinya. Ia bersamaku sama sekali tidak akan
berpisah denganku. Bagiku, penahananku adalah bersunyi-sunyi, andai aku dibunuh
maka itulah syahadahku, andai aku dikeluarkan dari tanah airku maka itu
bersiar-siar di jalan Allah”.
Maka selagi ada kehidupan di atas muka bumi
ini, maka selagi itulah akan ada bicara tentang bahagia, dan manusia akan
berusaha mencari kebahagiaan yang didambakan setiap dari kita.
Bicara Al-Quran Tentang Kebahagiaan:
Sesetengah manusia menafikan wujudnya rasa bahagia
yang sebenar ini. Bahagia yang ada pada
tanggapan mereka hanya bahagia yang pura-pura semata-mata. Bahagia itu
diwujudkan dengan jalan memasukkan bahan-bahan yang mengkhayalkan dan melekakan
seketika dari memikirkan realiti derita yang dirasa oleh mereka saat itu.
Andai dakwaan mereka itu dikatakan benar,
seolah-olah keimanan yang ingin dipasak dalam diri manusia (nauzubillah) bahawa
Allah Y menciptakan
sekalian manusia supaya kesemuanya menderita. Bagaimana boleh berlaku
sedemikian sedangkan Allah Y telah berfirman kepada kekasihnya Muhammad r:
ﭑ
ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭽ ﭵ
ﭶ ﭷ ﭸ
ﭹ ﭺ ﭻ
ﭼ ﭼ
Berkata Qatadah[4]:
Tidak, demi Allah. Allah tidak menjadikannya (al-Quran) sebagai derita,
sebaliknya Dia menjadikannya rahmat dan cahaya serta penunjuk jalan ke syurga[5].
Jelas bagi kita bahawa bagi kehidupan itu ada
bahagianya. Lalu bagaimana rupa bahagia tersebut yang dikatakan sememangnya wujud.
Bahkan di situlah terletaknya syurga mimpi bagi ahli keseniaan, para sasterawan, cendekiawan mahu pun para
pembesar untuk mencipta metafora indah dalam menekuni erti bahagia tatkala ia cuba
dijelmakan dalam realiti kehidupan.
Tiada yang lebih hebat membicarakan tentang
bahagia melainkan sumber kebahagiaan itu sendiri. Sekalian sastera dan
kata-kata indah yang pernah wujud dan sedang wujud tenggelam dalam runtunan
kalam Tuhan pada saat turunnya al-Quran, mukjizat bagi Baginda r, panduan untuk umatnya ke arah mengenal erti bahagia yang sebenar.
Mencari bahagia dalam al-Quran jangan sampai
tidak ketemu kerana bahagia itu bukan sekadar dalam al-Quran tetapi bahagia itu
sendiri ada dengan al-Quran.
Kalimah bahagia yang difahami pada masa kini
berdasarkan kalimah (سَعَدَ) ditemui hanya
pada 2 tempat sahaja dalam al-Quran pada satu surah yang sama; iaitu pada surah
Hud. Firman Allah Y:
ﭽ ﯔ ﯕ
ﯖ ﯗ ﯘ
ﯙ ﯚﯛ ﯜ ﯝ
ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ
ﯣ ﯤ ﯥ
ﯦ ﯧ ﯨ
ﯩ ﯪ ﯫ
ﯬ ﯭ ﯮ
ﯯ ﯰ ﯱ
ﯲ ﯳﯴ ﯵ ﯶ
ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ
ﯼ ﯽ ﯾ
ﯿ ﰀ ﰁ
ﰂ ﰃ ﰄ
ﰅ ﰆ ﰇ
ﰈ ﰉ ﰊﰋ ﰌ ﰍ
ﰎ ﰏ ﭼ
Di kala datang hari
itu, tidak ada seorangun yang berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di
antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia. Adapun orang-orang yang celaka,
maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik
nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan
bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu
menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang
Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam surga,
mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu
menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. [6]
Ibn Kathir berkata: Sebahagian dari ahli perhimpunan (akhirat) kelak sebahagian
mereka (tergolong) dalam kalangan mereka yang celaka dan sebahagian daripada
mereka dalam kalangan yang berbahagia.[7]
Golongan yang celaka akan menempati neraka, manakala yang berbahagia
akan menempati syurga Allah. Masing-masing memperolehi balasan setimpal dengan
perbuatan dan perlakuan masing-masing semasa hidup di dunia.
Kedua-dua tempat yang menyebut kalimah bahagia dalam al-Quran ini
merujuk kepada keadaan sebahagian manusia pada hari akhirat kelak.
Apabila dilihat hanya dua tempat yang mengungkap lafaz bahagia dengan
lafaz (سَعَدَ), maka janganlah terlintas
di dalam hati bahawa al-Quran bukan sumber kepada kebahagiaan yang dicari.
Allah yang menciptakan manusia, mengurniakan kebahagiaan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya. Dia jugalah yang menurunkan al-Quran sebagai kitab hidayah bagi
manusia mendapat panduan dalam mencari erti kebahagiaan. Tidak mungkin al-Quran
dapat dinafikan sebagai sumber kebahagiaan bagi umat manusia dan makhluk yang
lain.
Antara hikmah yang dapat dilihat dari penemuan lafaz (سَعَدَ) hanya pada dua tempat ini, ia pula dirujuk kepada kebahagiaan kehidupan di
akhirat memberi kefahaman bahawa bahagia yang hakiki hanyalah dapat diperolehi
semasa hidup di alam akhirat. Ia hasil dari kesungguhan dan ketabahan yang dilakukan semasa hidup didunia namun ditempuh
oleh seorang mukmin muslim dengan penuh kesabaran sama ada adalam menunaikan
ketaatan atau semasa menempuh ujian dan rintangan, atau dalam menghadapi godaan
dari perkara-perkara dosa dan maksiat. Begitu juga keredhaan mereka dengan
ketetapan bahawa adanya janji kebahagiaan bagi mereka yang beriman dengan hari
akhirat.
Itulah
hakikat kebahagiaan yang perlu diimani oleh setiap manusia. Kebahagiaan yang
ingin dicapai oleh seseorang manusia hendaklah meletakkan akhirat sebagai
matlamat. Akhirat yang dikesampingkan dalam mencari kebahagiaan akan mengundang
derita sebenarnya, bukan lagi bahagia.
Namun,
adakah itu bermaksud manusia tidak berpeluang untuk merasai nikmat kebahagiaan
semasa hidup di dunia atau dinafikan sama sekali kebahagiaan semasa hidup di
dunia demi untuk mengecapi kebahagiaan akhirat yang hakiki seperti yang
dilakukan oleh sebahagian penganut ajaran lain?
Ini merupakan sebahagian dari dakwaan mereka yang tidak melihat kepada
panduan yang telah ditinggalkan kepada kita oleh baginda Nabi r, iaitu al-Quran dan al-Sunnah bahawa meski pun penyataan berkenaan
kebahagian yang diungkapkan dari lafaz (سَعَدَ) tidak kedapatan secara meluas seperti yang
telah kita bincangkan pada perbincangan sebelum ini, namun ia tidak bererti
kebahagiaan itu langsung tidak ada tempatnya di dunia ini.
Kebahagiaan
turut diungkapkan dalam bentuk kalimah-kalimah yang lain dalam al-Quran,
menurut kefahaman yang benar terhadap erti kebahagiaan. Antaranya firman Allah
s.w.t:
ﭽ ﮉ ﮊ
ﮋ ﮌ ﮍ
ﮎ ﮏ ﮐ
ﮑ ﮒ ﮓ ﮔﮕ ﮖ
ﮗ ﮘ ﮙ
ﮚ ﮛ ﮜ ﭼ
Barangsiapa
yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik
dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih
baik dari apa yang telah mereka kerjakan . [8]
Begitu juga firman
Allah :
ﭽ ﯨ ﯩ
ﯪ ﯫ ﯬ ﯭﯮ ﯯ
ﯰ ﯱ ﯲ ﯳﯴ ﯵ
ﯶ ﯷ ﯸ ﯹﯺ ﯻ
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿﰀ ﰁ
ﰂ ﰃ ﰄ
ﰅ ﰆ ﭼ
Dan
carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan
berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik,
kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.[10]
Jelas
dalam ayat ini, Allah tidak melarang manusia yang berusaha memperolehi
kebahagian akhirat dengan iman dan amal soleh untuk turut merasai sebahagian
dari nikmat dunia yang membahagiakan jiwa manusia. Manusia yang diciptakan oleh
Allah suka kepada benda-benda seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Ali
Imran:
ﭽ ﮠ ﮡ
ﮢ ﮣ ﮤ
ﮥ ﮦ ﮧ
ﮨ ﮩ ﮪ
ﮫ ﮬ ﮭ
ﮮ ﮯﮰ ﮱ
ﯓ ﯔ ﯕﯖ ﯗ
ﯘ ﯙ ﯚ
ﯛ ﭼ
Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).[11]
Kata
Ibn Kathir:
AllahY menerangkan benda-benda yang dijadikan perhiasan manusia dari
kelazatan-kelazatan hidup di dunia daripada wanita dan anak-anak. Maka
dimulakan dengan wanita kerana ujian dengannya lebih hebat (terhadap manusia
seperti yang telah disebutkan oleh baginda Nabir :
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا تَرَكْتُ
بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ
Daripada Usamah bin Zaid t daripada Nabi r bersabda: Tidak daku tinggalkan selepasku
ujian yang lebih besar mudaratnya ke atas lelaki (melainkan) daripada wanita-wanita.[12]
Seandainya ia
(bergaul dengan wanita) bagi tujuan berlemah-lembut, bermuamalah dengan baik
(menjadikan dirinya seorang isteri) dan memperbanyakkan anak-anak anak-anak,
maka ia adalah sesuatu yang dituntut dan digalakkan kepadanya. [13]
Ayat-ayat yang dinyatakan secara
jelas tidak menafikan perolehan kebahagian sama ada dalam bentuk kejiwaan atau
kebendaan semasa hidup di dunia. Namun Allah telah memberikan panduan bagaimana
kebahagiaan dalam kedua-dua bentuk tersebut semasa hidup di dunia dapat
dijadikan sebagai alat untuk mengecap kebahagiaan yang sebenar semasa hidup di
alam akhirat.
Panduan Al-Quran Ke Arah Membina Kebahagiaan:
Al-Quran menyebutkan bahawa manusia tanpa iman
adalah makhluk yang lemah. Antara bukti kelemahan mereka ialah apabila
ditimpakan kesusahan ia keluh kesah.
ﭽ ﭻ
ﭼ ﭽ ﭾ
ﭿ ﮀ ﮁ
ﮂ ﮃ ﮄ
ﮅ ﮆ ﮇ
ﮈ ﮉ ﮊ
ﮋ ﮌ ﭼ
Sesungguhnya
manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila ia
ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia
mendapat kebaikan ia amat kedekut, kecuali
orang-orang yang mengerjakan solat.[14]
Kehilangan
bahagia dari hati manusia adalah permulaan kepada hadirnya kesedihan dan kerunsingan
dalam jiwa. Ia menyebabkan bergolaknya jiwa, hilang rasa tenteram.
Kerunsingan
adalah satu tentera dari tentera Allah. Ia akan ditimpakan ke atas sesiapa
sahaja dari kalangan hamba-hambaNya yang lemah hubungannya dengan Allah, kosong
jiwanya dari mengingati Allah. Sebaliknya ia dipenuhi dengan dosa dan maksiat,
Dialah
(Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin
supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.[15]
Ali bin Abi Talib t ditanya:
Apakah tentera Allah yang paling hebat? Maka beliau menjawab: Gunung, tetapi
gunung mampu dipotong menggunakan besi, maka besi terkuat. Namun besi dicairkan
dengan api maka api terkuat. Namun api terpadam dengan air, maka air terkuat.
Namun air akan tersejat dengan awan, maka awan lagi kuat. Namun awan akan
ditiup angin, maka angin terkuat. Namun manusia dapat menyediakan perlindungan
dari api dengan tangan dan pakaian. Maka manusia yang terkuat. Namun manusia dapat
ditewaskan oleh tidur. Maka tidur lebih kuat. Namun kerunsingan mampu
menghilangkan nikmat tidur. Maka kerunsingan itu lebih kuat. Lalu sehebat-hebat
tentera Allah ialah kerunsingan yang ditimpakan ke atas sesiapa sahaja daripada
hambaNya.
Apa yang
dapat difahami dari perkara ini ialah, kebahagiaan itu adalah kurniaan dari
Allah Y seperti juga kerunsingan, kerisauan dan kesempitan itu
adalah berpunca dari kemurkaan Allah Y.
Maka Allah
memberikan panduan kepada manusia melalui Nabinya r begitu juga
menerusi al-Quran yang diturunkan bersama-sama baginda r. Di
dalamnya terkandung sumber kebahagiaan, dan panduan yang jelas bagaimana untuk
memperolehi kebahagiaan.
Antara
panduan al-Quran ke arah membina kebahagiaan:
1.
Kebahagiaan itu milik Allah. Ia dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki
daripada kalangan hambaNya.
Keyakinan
kita pada saat ini bahawa Allah yang telah menciptakan manusia dan sekalian
makhluk. Alklah menciptakan manusia dengan segala kemudahan mahu pun kesusahan
yang disertakan bersama-sama fitrah kemanusiaan. Dalam masa yang sama,
diciptakan jalan keluar dari keduanya, jalan keluar bagi kesenangan ialah
kekufuran dan kemaksiatan, manakala jalan keluar dari kesusahan adalah keimanan
dan ketakwaan.
ﭽ ﭨ ﭩ
ﭪ ﭫ ﭬ
ﭭ ﭮ ﭯ
ﭰ ﭱ ﭲ
ﭳ ﭴ ﭵ
ﭶ ﭷ ﭸ
ﭹ ﭼ
“dan jiwa serta
penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah
orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya
merugilah orang yang mengotorinya:”.[16]
Segala
kesukaran dan kesusahan yang ditempuhi diberikan jalan keluarnya bagi
meperolehi kebahagiaan dalam diri. Ia bermula dengan ketaqwaan yang dipasak
dengan kefahaman yang betul berkenaan konsep dan pelaksanaannya. Firman Allah:
ﭽ ﮚ ﮛ
ﮜ ﮝ ﮞ
ﮟ ﮠ ﮡ
ﮢ ﮣ ﮤ ﮥﮦ
ﮧ ﮨ ﮩ
ﮪ ﮫ ﮬﮭ ﮮ ﮯ
ﮰ ﮱﯓ ﯔ ﯕ
ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﭼ
“Barangsiapa
bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari
arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada
Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. [17]
2. Kebahagiaan hanya akan diperolehi
dengan jalan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Manakala menyalahi dan
memaksiati Allah dan RasulNya akan membawa kepada derita dan sengsara.
Garisan
inilah sebenarnya yang akan menentukan kebahagiaan yang sebenar atau
kebahagiaan yang palsu. Orang yang melakukan kemaksiatan untuk mencapai
matlamat kebahagiaan mungkin mendakwa bahawa itulah jalan bahagia. Namun orang
yang beriman dan menyedari bahawa pemilik kebahagiaan yang sebenar ialah Allah.
Bagaimana sesuatu yang ingin diminta dari pemiliknya dijadikan jalan permintaan
untuk mendapatkannya ialah dengan cara menyalahi perintahnya, dan melakukan
larangannya? Justeru, dari kefahaman kepada firman Allah inilah kit mengatur
gerak mencari kebahagiaan sebenar.
ﭽ ﮉ ﮊ
ﮋ ﮌ ﮍ
ﮎ ﮏ ﮐ
ﮑ ﮒ ﮓ ﮔﮕ ﮖ
ﮗ ﮘ ﮙ
ﮚ ﮛ ﮜ ﭼ
Barangsiapa
yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik
dari apa yang telah mereka kerjakan .[18]
Manakala
dengan peringatan daripada Allah ini jugalah kita sentiasa mengawasi setiap
tindak tanduk kita dari sesuatu yang mungkin menjadi sebab dicabut daripada
kita kebahagiaan, dan ditambah derita dalam musibah yang tertimpa.
ﭽ ﯳ ﯴ
ﯵ ﯶ ﯷ
ﯸ ﯹ ﯺ
ﯻ ﯼ ﯽ
ﯾ ﯿ ﰀ
ﰁ ﰂ ﰃ
ﰄ ﰅ ﰆ
ﰇ ﰈ ﭑ ﭒ
ﭓ ﭔ ﭕﭖ ﭗ ﭘ
ﭙ ﭚ ﭼ
Dan barangsiapa
berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang
sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia:
"Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal
aku dahulunya adalah seorang yang melihat?" Allah
berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu
melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan".[19]
Fokus dalam
setiap pekerjaan mereka hanyalah dengan:
ﭽ ﰈ ﰉ
ﰊ ﰋ ﰌ
ﰍﰎ ﰏ
ﰐ ﰑ ﰒ
ﰓ ﰔ ﭼ
“(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”.[20]
3. Hakikat
kebahagiaan semasa hidup di duina ini ialah redha dengan segala ketentuan
Allah, merasa qanaah dengan apa yang telah di bahagi-bahagikan dari kurniaanNya
kepada sekalian makhlukqnya, meletakkan keyakinan dan sangka baik kepada Allah,
dan memanjangkan doa dan pengharapan kepada Allah. Kesemua itu terhasil sebagai
buah keimanan yang betul dan jitu.
عن العباس بن عبد المطلب
أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
ذاق طعم الإيمان من رضى بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد رسولا
Daripada
al-Abbas bin Abd al-Mutallib bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar
Rasulullah r bersabda: “Telah merasai kemanisan iman barangsiapa
yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan dengan Islam sebagai agamanya, dan
dengan Nabi Muhammad sebagai rasul”.[21]
Barangsiapa
yang kehilangan redha dalam dirinya maka tamak dan haloba akan mula bersarang
dalam dirinya. Dia akan berterusan dalam keadaan tamak, dan tidak pernah merasa
puas dari rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Dia terus mengumpul dan
mengumpul segala kekayaan dan harta benda, sudah tidak ada lagi rasa untuk
memberi (zakat atau sedekah). Waktu itu, makannya sudah kelihatan seperti
makannya haiwan-haiwan, minumnya sudah seperti binatang yang kehausan.
Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah r
:
عَنْ
سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: من سعادة
ابن آدم: رضاه بما قضى الله، ومن شقاوة ابن آدم: سخطه بما قضى الله } رواه الترمذي
Daripada
Saad berkata, telah bersabda Rasulullah r “Dari
tanda kebahagiaan anak Adam, redhanya dengan apa yang telah diputuskan oleh
Allah. Manakala dari tanda penderitaan anak Adam, benci dan tidak redhanya dia
atas apa yang telah diputuskan oleh Allah”. [22]
Satu ketika,
Umar al-Khattab t pernah menulis sepucuk surat
kepada Abi Musa al-Asy’ari. Antara isi kandungannya ialah: “Sesungguhnya
segala kebaikan itu dalam redha. Maka sekiranya kamu mampu, redhalah. Jikalau
tidak hendaklah kamu bersabar”.
Baginda r bersabda:
عن
صهيب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير
وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر
فكان خيرا له
Daripada
Suhaib t berkata, telah bersabda
Rasulullah r “Sungguh menakjubkan urusan orang
yang beriman, semua urusannya adalah baik belaka. Sikap demikian tidak siapapun
yang memilikinya kecuali orang yang beriman. Sekiranya ia mendapat kesenangan,
lalu ia bersyukur, maka sikap yang demikian itu baik baginya, dan jika ditimpa
kesusahan, lalu ia bersabar, maka sikap yang demikian itu juga baik baginya”.[23]
4. Matlamat
kepada segala kebahagiaan yang ingin dikecapi adalah kebahagiaan akhirat. Namun
manusia tidak dinafikan dari mengecapi kebahagiaan di dunia dengan syarat tidak
melupakan tanggungjawab mengejar kebahagian sejati iaitu kebahagian di dalam
syurga Allah.
Orang yang
beriman melihat matlamat terkahir dari segala kebahagiaan yang dikecapi semasa
hidup di dunia ialah menuju ke negeri akhirat dengan membawa kebahagiaan itu
bersama-sama mereka.
Andainya
mereka merasai kepayahan atau kesukaran semasa mengharungi kehidupan di atas
muka bumi, maka antara yang mengubati kesusahan tersebut adalah dengan meyakini
bahawa sebarang kesusahan di atas muka bumi hanya bersifat sementara. Ia akan
berakhir dengan berakhirnya dunia ini. Kesabaran dan ketabahan yang diusahakan
mudah-mudahan akan dikurniakan kebahagiaan yang sebenar ketika berada di syurga
kelak.
ﭽ ﮉ
ﮊ ﮋ ﮌ
ﮍ ﮎﮏ ﮐ ﮑﮒ ﮓ ﮔ
ﮕ ﮖ ﮗ ﮘﮙ
ﮚ ﮛ ﮜﮝ ﮞ ﮟ
ﮠ ﮡ ﭼ
Dan
dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan
oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan)
kebaikan". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan)
yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah
sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.[24]
Dr. Aid
al-Qarni menulis dalam bukunya yang masyhur La Tahzan:
“Jika selama
di dunia ini anda kebuluran, jatuh msikin, sentiasa dilanda kesedihan,
menghidap enyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu, selalu mengalami kerugian,
atau diperlakukan secar zalim, maka peringatkan diri anda pada nikmat syurga
yang kekal selamanya. Apabila anda benar-benar meyakini jalan ini dan
mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampi mengubah setiap kerugian
menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat”.[25]
Beliau
mengakhirkan bicaranya dalam tajuk ini dengan firman Allah:
ﭽ ﮞ ﮟ
ﮠ ﮡﮢ ﮣ
ﮤ ﮥ ﮦ ﭼ
(sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima
shabartum". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.[26]
Kesimpulan
Al-Quran
adalah kitab hidayah. Ia diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk
disampaikan kepada umat-umatnya. Dalamnya terkandung panduan bagi menjalani
kehidupan di atas muka bumi hingga sampai ke alam akhirat. Barangsiapa yang
menuruti panduannya pasti akan berjaya dan selamat. Manakala mereka yang
menolak dan menjauhinya akan gagal dan menemui kesengsaraan.
Kejayaan
bersama dengan al-Quran di situlah letaknya kebahagiaan yang sebenar. Andai
tatkala mendengarnya pun sudah dirasakan ketenangan dan kebahagiaan, bagaimana
pula yang indah didengar ditelinga itu dapat dirasai oleh setiap anggota tubuh
dengan melaksanakan panduan yang terkandung di dalamnya.
Ibarat
makanan yang kelihatan lazat di mata, ia tidak mampu diketahui melainkan dengan
disuapkan ke mulut untuk dinikmati dan disyukuri nikmatnya.
Namun, andai
kedapatan mereka yang membenci dan menjauh darinya, adakah buku panduan yang
selain al-Quran yang lebih tepat dan
dijamin mampu merawat derita jiwa yang bergelojak?
Itulah
al-Quran, sumber untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Wallahu
a’lam.
[2] Dr Yusuf al-Qaradhawi, al-Iman wa
al-Hayah (Iman dan Kehidupan), Bab al-Sa’adah fi Dakhil al-Insan
(Kebahagian Itu Dalam Diri Seorang Manusia), m.s 40.
[4] Qatadah bin Da’amah bin Da’amah
al-Sadusi, Abu al-Khattab al-Basri, meninggal dunia pada 118H.
[5]
Ismail bin Kathir al-Qurasyi, Tafsir al-Quran al-‘Azim, Jilid 3, Juz 16, Cetakan Pertama, Muassah al-Risalah, Beirut, m.s 190.
[6] Huud: 105-108
[7]
op.cit. Ibn Kathir, Jilid 2, Juz 12, m.s 598.
[8] Al-Nahl: 97
[9]op.cit: Ibn Kathir, , Jilid 2, m.s
762
[10] Al-Qasas: 77
[11] Ali Imran: 14.
[12] Riwayat al-Bukhari dan lain-lain.
[13] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran
al-‘Azim, Jilid 1, m.s
[14] Al-Ma’arij: 19-22
[15] Al-Fath: 4
[16] Al-Syams: 7-10
[17] AL-Talaaq: 2-3
[18] Al-Nahl: 97
[19] Taaha: 124-126
[20] Al-Ra’du: 28
[21] Rwayat Muslim.
[22] Riwayat al-Tirmizi. Berkata Abu Isa
al-Tirmizi: “Hadith ini adalah gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan
melalui hadith Muhammad bin Abi Humaid, dan dikatakan baginya juga; Hammad bin
Abi Humaid iaitu Abu Ibrahim al-Madini bukanlah seorang yang kuat
(sandarannya) di sisi ahli hadith. Al-Albani mendha’ifkan akan
hadith ini.
[23] Riwayat Muslim.
[24] Al-Nahl: 30
[25]
Dr. Aid al-Qarni, La Tahzan terjemahan Mohd Sofwan Amrullah,
Edisi Eksklusif, Jasmin Publication, m.s 47.
[26] Al-Ra’du: 24
Subscribe to:
Posts (Atom)