Selamat mengunjungi laman aburaihanah.blogspot.com..

Kelebihan Bulan Zulhijjah

روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر - قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء )

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :“Ertinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.


( صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده )

“Ertinya : Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”- Riwayat Muslim.

( وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبّر ووضع رجله على صفاحهما )

“Ertinya : Telah sabit sesungguhnya Nabi sallallalahu 'alaihi wasallam melakukan korban dengan menyembelih dua ekor kibas jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi kibas tersebut” - Muttafaqun 'Alaih.

( وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ )

“Ertinya : …. dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …”. (Al-Hajj : 28).


( فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد )

“Ertinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid”. (Hadith Riwayat Ahmad).

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Selamat Hari Raya Aidil Adha

daripada :

Abu Raihanah & Keluarga



Berkongsi Sesuatu...Dakwah : By Hasrizal Abdul Jamil

Filed under: Kampus — Hasrizal Abdul Jamil @ 4:22 pm
Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan.
Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.
Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da'ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah.
Salahkah pemikiran seperti ini? Tentu tidak salah, tetapi ada kekurangannya di situ…
Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib. Kewajipan dakwah itu sangat rasional. Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayat al-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan.
Apakah salah berpemikiran sebegini? Tentu sekali pemikiran ini adalah pemikiran yang lurus dan benar tentang dakwah. Tetapi di sana ada sesuatu yang kurang. Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang kemudian…
Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam, kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri.
"Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah", pesan seorang naqib kepada anak buahnya.
"Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap", monolog seorang siswa yang baru menerima panggilan telefon memanggilnya hadir ke mesyuarat Program Minggu Dakwah tidak lama lagi.
Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. Tetapi sudahkah HATI merasainya?
TAHU DAN MAHU
Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam 'dunia akal 'di kampus, ia sudah cukup untuk membantu diri kita terjun ke medan dakwah. Dunia realiti bukan dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU.
Sudah berkali-kali saya cuba buktikan, bahawa manusia tidak bertindak hanya berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU, dan mahu itu adalah soal hati.
Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentang dakwah itu boleh dikesan telah terserap ke dalam hati menjadi MAHU? Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah itu kita mendapat KEPUASAN hidup.
Bekas peserta kursus saya (rujuk artikel Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda), mengatakan bahawa beliau bersyukur dapat hadir ke kursus tersebut dan merasa rugi di pihak kawan-kawannya yang tidak hadir. Dalam keadaan baju masih dedah sana sini, dan lidah masih bertindik, beliau berkata, "saya mahu sampaikan apa yang saya dapat dalam kursus ini kepada kawan-kawan saya!"
Tidakkah beliau sudah menerima konsep dakwah? Hatinya sudah mahu, sebelum akalnya tahu…
ANALOGI 3 PEKERJA
Analogikan sahaja kepada 3 pekerja. Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan. Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.
Anda pendakwah kategori mana?
Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.
Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?
Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.
Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan 'pengaruh', mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.
Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.
Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!
Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi'ah (persekitaran) .
Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.
Kenapa soal ini penting?
DUNIA KERJAYA DAN RUMAHTANGGA
Apabila adik-adik di kampus terjun ke medan kerjaya dan berumahtangga, mereka yang dahulunya aktif berdakwah akan kecundang satu demi satu.
Mereka kecundang bukan kerana fikiran telah berubah.
Dulu saya yakin dakwah itu wajib, tetapi kini di alam kerja dan rumahtangga, saya berjumpa dengan wajib yang lebih besar dan tinggi. Tidak ramai yang 'gugur' kerana berfikir begini.
Mereka kecundang bukan kerana suasana persekitaran sudah kekurangan maksiat dan sebab dakwah. Malah maksiat makin banyak, makin menggila. Tetapi lagi banyak maksiat bertebaran, makin kurang pendakwah yang bertahan.
Gugurnya da'ie dari jalan dakwah bukan kerana itu semua.
Gugur itu hanya kerana 5 huruf yang sakti.
S.I.B.U.K.
Ya, jika sibuk dijadikan alasan, tidak akan ada sesiapa pun yang berani membantah. Jika dahulu kita sendiri, kini sudah bersuami atau beristeri. Anak-anak bakal menyusul. Dulu satu ibu dan satu bapa, satu keluarga dan satu saudara mara. Kini semua berganda dua. Hujung minggu hanya sehari atau dua.
Tanpa disedari, sudah setahun tidak berusrah. Sudah setahun tidak berceramah, sudah setahun bercuti dari dakwah. Salahkah bercuti dari dakwah? Akal mungkin berkata ya, tetapi hati sedap menikmatinya.
Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad'u dan diri yang da'ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua selain dakwah.
BAGAIMANA MENGATASINYA?
Bagaimanakah adik-adik boleh selamat dan terkecuali dari fenomena warisan ini?
Saya sendiri masih bertarung, selagi nyawa dikandung tubuh.
Tetapi saya percaya, saya berdakwah bukan untuk menerima, tetapi kerana mahu memberi. Dan pada memberi itu, saya meng'erti'kan hidup, lantas terasa berbaloi mengorbankan Sabtu dan Ahad demi Sabtu dan Ahad, meninggalkan anak sendiri untuk bertemu anak orang lain, demi erti hidup yang pada MEMBERI.
Kerana itulah saya masih terus bertahan, walaupun dalam seribu kepayahan.
"Kenapa mahu berdakwah?", tanyalah kepada diri.
"Erti Hidup Pada Memberi"

Bingkisan Syawal


Rasanya agak lama saya tidak menulis atau menghasilkan sebarang bahan penulisan untuk meski pun sebenarnya bahan-bahan untuk diterbitkan sempat saya sediakan. Namun masa dan kesempatan untuk saya jadikan ia sebagai bahan yang boleh terbit tidaklah seluas yang saya harapkan.

Namun diharap renggang masa yang berlalu tidak menghilangkan minat kita semua untuk mendapat input yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita.

Kejayaan kita menamatkan puasa yang lepas seharusnya menjadi pengajaran yang berguna buat kita. Puasalah yang banyak mendidik kita menjadi insan yang benar-benar seorang insan. Bukan insan yang bertopengkan haiwan. Tumpuan didikan kita adalah hawa nafsu yang nampak dengan mata kasar seperti menahan daripada makan dan minum atau yang tidak nampak dengan mata kasar seperti membuang sifat-sifat yang tidak baik dalam diri yang menjejaskan ibadat puasa tersebut.

Sejurus kejayaan kita menamatkan latihan tersebut kita dikurniakan dengan kegembiraan apabila dianugerahkan satu hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidil Fitri lambang kejayaan kita sebagai hamba Allah. Hari tersebut adalah hari kegembiraan bagi mereka yang benar-benar menunaikan tanggungjawab mereka di sepanjang Ramadhan. Bahkan menzahirkan kegembiraan pada hari tersebut menjadi satu kewajiban , bermula dari tegahan untuk berpuasa pada hari tersebut sehinggalah larangan untuk bersedih pada hari tersebut.

Kesemuanya adalah kurniaan Allah s.w.t ke atas hamba-hambaNya yang taat kepadaNya. Bagaimana pula persoalan tentang mereka yang lalai dari mengerjakan ketaatan? Bagi kita , itu bukan persoalan yang perlu kita jawab , kerana jawapan tersebut lebih layak-layak dijawab oleh mereka sendiri. Bagi mereka yang lalai dari mengerjakan ketaatan , kesengsaraan jiwa yang dirasai oleh mereka lebih teruk rasanya digilis di bahagian dada sehingga terhimpit tulang belulang mereka. Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Toha ayat 124 : " Barangsiapa yang berpaling dari mengingatiku baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan bangkitkan mereka pada hari Kiamat dalam keadaan mata mereka buta ".

Bulan syawal juga membuka peuang untuk mereka yang sedang bergembira untuk bermaaf-maafan. Menghulurkan tangan disambut dengan ucapan kemaafan adalah antara perkara yang terindah dalam kamus kehidupan seseorang. Bagi orang yang memberi kemaafan akan terasa seolah-olah di hadapannya satu kehidupan yang luas dan tenang , dan bagi mereka yang memohon kemaafan , terasa terbebas dari belenggu kerisauan seolah-oleh diberi kehidupan yang baru selepas satu penyiksaan jiwa yang teruk.

Meski pun galakan untuk memaafkan orang lain satu keutamaan dalam agama , namun bagi si pelaku perbuatan yang tidak baik seharusnya menyedari bahawa perbuatan yang telah dilakukan telah menzalimi satu pihak yang lain , seterusnya menginsafi bahawa sebenarnya telah diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Justeru , janganlah diulang untuk kali yang kedua atau kali yang akan datang.

Mudah-mudahan proses penjernihan hati akan bermula dengan kesedaran dan keinsafan tersebut serta diiringi usaha dan hasrat untuk memperbaikinya di masa akan datang , kerana hatilah segalanya bagi seorang insan yang menghendaki kebaikan hadir dalam hidupnya. Sabda Rasulullah s.a.w : " Ketahuilah bahawa di dalam jasad terdapat segumpal darah bilamana baik gumpalan darah tersebut akan baiklah seluruh anggota tubuh , dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh anggota tubuh . Ketahuilah ia adalah hati ".


Kejernihan tersebut tidaklah terhenti sekadar penyataan mulut semata-mata , atau sekadar lintasan hati semata-mata , sebaliknya ia mesti dicernakan dalam bentuk perbuatan yang mencerminkan kejernihan hati tersebut seperti cermin yang bersih tetapi andai kata ia tidak dapat membiaskan sebarang gambar , maka cermin tersebut pasti ada kecacatannya.

Begitu juga hati yang jernih , andai ia tidak diiringi dengan amalan yang baik , maka kejernihan tersebut tidak dapat dilihat , dan dibimbangi kejernihan tersebut yang tidak diisi dengan kebaikan akan diisi oleh kejahatan.

Hati sama ada menjadi singgahsana untuk Allah atau menjadi singgahsana untuk syaitan. Andai tidak diisi dengan ketaatan , pasti yang mengisinya ialah kemaksiatan.

Mudah-mudahan , hati yang jernih akan terus dirimbunkan dengan kebaikan demi kebaikan bekal untuk menghadap Allah dengan hati yang saliim ( sejahtera ).

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
&
Maaf Zahir & Batin
Daripada : Abu Raihanah Sekeluarga

Dalam Dakapan Ramadhan III : Pembebasan Dari Api Neraka


Sesungguhnya telah berlalu Ramadhan dalam satu tempoh dan jarak yang jauh, yang berbaki hanyalah satu tempoh yang terlalu pendek. Kita baru sahaja melepasi sempadan yang ketiga , selepas sempadan pertama dan kedua kita lewati. Suka saya gunakan kalimah sempadan supaya kita semua merasakan akan kepentingan perkara ini diingatkan. Misalannya, kita menyertai satu pertandingan larian 300 meter , pada 100 meter yang pertama , kebiasaannya pelari tidak dapat memecut dengan kelajuan tinggi kerana daya pecutan masih terlalu lemah , apabila jarak memasuki 200 meter , pelari telah mendapat rentak larian yang baik , lalu pecutan ditambah , namun sebaik sahaja memasuki jarak yang terakhir , daya pecutan akan dikerah seratus peratus bagi memastikan keputusan larian memihak kepadanya , seandainya tidak maka rugilah pecutannya di awal dan dipertengahan , kerana keputusannya terletak diakhir perlumbaan tersebut.

Begitulah gambaran yang boleh kita katakana kepada sempadan yang terakhir ini. Sempadan yang menjanjikan pembebasan dari azab neraka bagi sesiapa yang bersungguh-sunnguh merebut peluang yang ditawarkan ini.

Kebiasaan masyarakat kita, apabila masuknya sepuluh akhir ini , kebanyakan daripada kita tidak lagi bersemangat untuk meningkatkan amalan-amalan yang telah kita lakukan semenjak daripada mula tibanya Ramadhan. Masjid-masjid dan surau-surau semakin hari semakin kurang pengunjungnya , aktiviti - aktiviti keagamaan semakin kurang mendapat sambutannya. Sebaliknya orang ramai akan menjadikan waktu-waktu tersebut sebagai waktu kunjungan ke pusat membeli belah , menyediakan kuih raya , menukar langsir dan perabot baru. Tidak kurang juga yang hanya bersandar menonton siaran televisyen yang semakin menarik rancangan tambah-tambah apabila waktu perayaan Aidil Fitri semakin hampir.

Seharusnya kita menginsafi diri dalam waktu dan ketika ini , ruang waktu dan tempoh yang dikurniakan oleh Allah ini sama sekali tidak akan berulang , atau sekali pun ianya berulang , namun rupa wajahnya tentulah tidak sama dengan waktu yang sedang kita lalui ini. Di saat kita dikurniakan kesihatan , adakah sama di saat kita di datangkan penyakit ? Di saat kita dikurniakan kelapangan , adakah sama diwaktu kita akan dilambakkan dengan seribu satu permasalahan yang menyibuk dan menyesakkan dada kita? Jesteru nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam antara ingatannya kepada umatnya baginda bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

" Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia , kesihatan dan kelapangan ".

Inilah 2 nikmat yang sering dilupakan oleh manusia. Justeru itu, ianya harus diperingatkan selalu kepada kita supaya kita menjadi manusia yang selalu bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diperolehi.

Lailatul Qadr:

Antara tawaran yang paling tinggi di sepanjang Ramadhan ini ialah janji beroleh ganjaran beribadat pada waktu tersebut seperti beribadat 1000 ribu bulan ( lebih kurang 83 tahun ). Firman Allah s.w.t :

" Sesungguhnya telah Kami turunkannya ( Al Quran ) pada malam lailatul Qadr , Adakah kamu tahu apakah dia Lailatul Qadr ? Lailatul Qadr terlebih baik daripada 1000 bulan. Turun Malaikat dan Jibril 'alaihis salam dengan izin Tuhan mereka dengan . Sejahteralah malam tersebut sehingga terbit fajar.

Zakat:

Dalam keghairahan mengejar malam lailatul qadar , janganlah kita terlupa bahawa di sana ada satu lagi kewajipan yang mesti kita tunaikan. Antara ingatan kepada semua umat Islam khususnya warga Pos Malaysia Berhad berkenaan kewajipan mengeluarkan zakat fitrah. Sesungguhnya perintah ini telah hadir semenjak dari 1400 tahun yang lalu. Kewajipan yang tertanggung ke atas orang setiap orang Islam untuk mengeluarkan sebahagian kecil daripada apa yang Allah rezkikan kepadanya sebagai tanggungjawab ke atas golongan yang kurang berkemampuan. Ia juga salah satu cara menyucikan diri serta harta seperti mana firman Allah dalam surah At Taubah ayat : 103 :

" Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah yang wajib ( zakat ) sebagai mensucikan dan mencambahkan dengannya , dan mohonlah ampun bagi mereka , sesungguhnya doamu ( mohon keampunan ) penenang hati mereka dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ".

Zakat juga menjamin keberkatan rezki yang kita perolehi. Jaminan harta yang kita keluarkan akan bercambah seperti mana yang terkandung dalam ayat di atas. Meski pun sebahagian daripada kita tertanya-tanya bagaimana harta yang kita keluarkan mampu untuk bercambah kembali , sedangkan adatnya bila harta dibelanjakan pasti akan hilang dari simpanan kita sebahagiannya. Namun perlu kita sedar bahawa ini adalah janji yang jelas daripada Allah dan RasulNya. Sekali pun akal kita yang terbatas ini tidak mampu untuk memikirkannya , namun keimanan yang jitu pasti mengatasi segala keraguan tersebut.

Bagi penegeluar zakat ada jaminan yang pasti daripada Allah s.w.t apabila Dia berfirman :
"Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah ) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ,seratus biji. Allah melipat gandakan ( ganjaran ) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas ( kurniaNya ) Lagi Maha Mengetahui" ( Al Baqarah ayat 261 ).

Janji Allah ini adalah janji yang pasti, hasilnya akan dapat kita tuai di negeri akhirat nanti. Bahkan Allah berkuasa untuk memberinya semasa hidup di dunia lagi.

HARI RAYA

Natijah kepada Ramadhan yang dihidupkan ibadah di dalamnya, Allah menganugerahkan kepada semua orang yang bertaqwa sehari untuk mereka merayakan kemenangan menundukkan hawa nafsu serta kembali kepada fitrah asal kejadian manusia iaitu tunduk dan patuh kepada Allah.

Oleh kerana itulah hari raya diberi nama ‘Iid Al Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah manusia yang bersih dari segala dosa.

Pemberian ini hanyalah layak bagi mereka yang menunaikan ketaatan yang sebenar-benarnya di dalam bulan Ramadhan ini di mana hasil daripada Ramadhan itulah yang menyematkan sifat ketakwaan dan dari ketakwaan itulah hadirnya redha Allah.
Justeru apabila kita dikurniakan hari yang cukup bermakna ini, diserikan dengan kegembiraan kerana berjaya menjadi hamba Allah yang taat di sepanjang Ramadhan yang lalu di samping kegembiraan sebagai manusia yang diberi suatu kurniaan yang besar iaitu dapat makan dan minum seperti hari-hari biasa, hendaklah kita mensyukuri pemberian Allah ini.

Kesyukuran itu hendaklah diterjemahkan dalam sambutan kita terhadap hari yang mulia ini. Ianya diterjemahkan dengan menuruti akan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyambut hari raya ‘Iid Al Fitri.

SUNNAH

Antara sunnah baginda semasa menyambut hari raya ialah : Berwangi-wangian sebelum keluar menunaikan solat hari raya. Baginda juga akan menjamah sedikit makanan sebelum keluar menunaikan solat hari raya. Antara pilihan utama baginda ialah kurma basah dan tamar.

Baginda s.a.w juga menghimpunkan manusia di kawasan lapang bagi mengerjakan solat hari raya. Solat hari raya pada zaman Rasulullah s.a.w dikerjakan di kawasan lapang bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menghadirinya. Wanita-wanita yang di datangi haid, nifas dapat turut serta dalam majlis tersebut mendengar amanat daripada Rasulullah s.a.w.

Dalam masa yang sama, amalan ziarah-menziarahi adalah antara amalan yang sangat baik untuk diamalkan. Peluang yang diperolehi untuk bertemu, bertegur sapa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengeratkan silaturrahim, bermaafan-maafan dan bertanya khabar.

Mudah-mudahan tujuan sebenar ‘Iid Al Fitri dikurniakan kepada kita oleh Allah akan tercapai dan dapat meneruskan kebaikan sebulan Ramadhan yang telah kita jalani.

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Dalam bulan syawal yang bakal menjelang ini, antara sunnah Rasulullah s.a.w ialah berpuasa 6 hari dalam bulan syawal seperti sabda baginda :
“ Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menurutinya dengan ( berpuasa ) 6 hari di bulan Syawal , seolah-olah dia berpuasa selama setahun”. Rebutlah peluang ini dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di bulan Ramadhan ini hingga ke penghujungnya seterusnya menyambut hadirnya Syawal dengan penuh kesyukuran dalam ketaatan kepada Allah. Jangan jadikan hari kegembiraan yang disambut hari untuk berbuat maksiat kepada Allah. Sambutlah ia dengan penuh kegembiraan dalam lingkungan ketaatan kepada Allah.

Dalam Dakapan Ramadhan II : Sempadan Kedua : Keampunan...



Taubat

Kita telah pun merentasi sempadan kedua dalam perjalanan ibadah Ramadhan ini. Sedar atau tidak, satu pertiga ruang waktu yang dikurniakan kepada kita telah pun kita habiskan. Sama ada ianya telah dipenuhi dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat atau kita sebenarnya hanya melepaskan peluang-peluang keemasan yang telah kita perolehi untuk tempoh waktu yang cukup singkat. Tempoh yang berlaku sekali dalam setahun kehidupan kita yang entahkan akan datang sekali lagi atau inilah sahaja ruang yang sempat kita penuhkan.

Sempadan kedua meletakkan keampunan daripada Allah sebagai matlamat yang ingin dicapai selepas jaminan kerahmatan dalam sempadan yang pertama terbuka luas. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : " Dan itulah bulan yang awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya bebas daripada api neraka".

Mengimbas perjalanan kehidupan kita yang lalu, menyaksikan satu ribu satu peristiwa, yang kadangkala mencoret dalam lipatan amalan kita sesuatu yang dinamakan dosa sama ada yang kecil mahu pun yang besar. Dosa yang terkumpul tanpa keampunan natijahnya akan menjerumuskan kita ke neraka Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w: " Hendaklah kamu bersifat dengan sifat benar ( percakapan dan perbuatan ) , kerana berlaku benar akan membawa ke arah kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga , dan sentiasalah seseorang itu bersifat dengan sifat benar serta berterusan dengan sifat itu sehinggalah ditulis oleh Allah dia benar, dan berhati-hatilah kamu dengan sifat berbohong , kerana berbohong akan membawa kamu kepada perbuatan yang berdosa , dan dosa akan membawa ke neraka , sentiasalah seseorang itu berbohong serta berterusan dengan sifat itu sehinggalah ditulis oleh Allah dia berbohong.

Maka , dalam sempadan yang kedua ini , satu lagi pintu terbuka. Pintu keampunan. Seringkali apabila kita melakukan kesalahan dan kesilapan dengan makhluk , kita sentiasa mengharapkan agar kesilapan itu dimaafkan dan kita dilepaskan daripada hukuman. Namun dalam perkiraan dengan dosa, ramai yang mengambil mudah dengannya. Mungkin di sebabkan pembalasan daripada Allah merupakan sesuatu yang hanya dikhabarkan melalui Al Quran dan Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam. Andainya pembalasan itu ditunjukkan di hadapan mata dan diperdengarkan azab dan siksanya seksaan itu, nescaya berlumba-lumbalah manusia untuk memohon keampunan daripada Allah. Namun itu bukanlah alasan untuk kita menangguhkan taubat yang dituntut ke atas kita untuk melaksanakannya setiap kali kita melakukan kesalahan sama ada dengan Pencipta atau dengan makhluk. Sebagai orang beriman, kita dituntut untuk beriman dengan perkara-perkara ghaib yang dikhabarkan sama ada melalui Al Quran mahu pun sunnah Rasulullah s.a.w seperti mana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 1-3:

Maksudnya: Alif Laam Mim. Itulah kitab ( Al Quran ) yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman dengan perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian daripada apa yang direzkikan.

Pengisian

Justeru itu, apakah pengisian bagi sempadan " keampunan" ini?

Antara saranan yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam ialah ; kita meningkatkan amalan-amalan kita. Penerusan amalan solat tarawih , bacaan Al Quran , bersedekah, menyediakan makanan bagi orang berbuka serta memperbanyakkan zikrullah.

Menyentuh berkenaan menyediakan makanan bagi orang berbuka, amalan ini merupakan antara sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ianya sahih 5/158).

Bahkan seandainya dilihat dari satu sudut lagi , inilah antara bentuk sedekah yang baik. Tambahan pula dilakukan dalam bulan yang cukup mulia , bulan yang menjanjikan seribu rahmat daripada Allah.

Ganjaran bagi setiap huluran sedekah seperti yang terkandung dalam ayat 261 , surah Al Baqarah , Allah berfirman:

Perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan ( menyedekahkan ) harta mereka di jalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , di setiap tangkai tumbuh pula seratus biji benih , Allah ( berkuasa ) menggandakan sesiapa yang Dia kehendaki , dan Allah amat luas pengetahuanNya.

Semangat

Satu lagi isu yang diketengahkan dalam ruangan ini ialah berkenaan dengan tabiat kebanyakan daripada kita , yang hanya bersemangat untuk melaksanakan ibadah Ramadhan di awal Ramadhan sahaja. Malangnya apabila masuk sahaja sempadan kedua Ramadhan ini, kita dapat melihat semangat itu seolah-olah hilang atau berkurangan.

Bagaimana kita ingin mengatasi masalah ini?

Antara cara-caranya ialah ; hendaklah kita memastikan amalan yang kita lakukan adalah ikhlas kerana Allah. Keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu akan mendorong kita berterusan dalam amalan tersebut kerana kita menyedari akan kelebihan dan keuntungannya. Sebaliknya , seandainya kita melakukan sesuatu kerana seseorang atau habuan tertentu, sudah pasti apabila hilangnya sebab tersebut pasti amalan itu akan terhenti.

Kedua : Melaksanakan dalam bentuk berjamaah ( berkumpulan ) amalan-amalan yang boleh dilaksanakan dalam bentuk tersebut misalannya solat tarawih , tadarus Al Quran , qiyamullail dan lain-lain. Ini kerana kita mampu untuk mendapat motivasi secara tidak langsung daripada kawan-kawan yang turut sama bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu ibadah itu. Sebaliknya seandainya kita melaksanakan secara sendirian , berkemungkinan factor keletihan , kepenatan dan lain-lain akan dijadikan alas an untuk tidak melakukan sebarang amalan atau pun ianya dilakukan sambil lewa.

Ketiga : Meletakkan gambaran tentang balasan yang dijanjikan Allah sebagai motivasi terbesar untuk kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu ibadah. Allah telah menetapkan setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tentulah balasan terbesar yang menanti ialah syurga yang akan dikurniakan dengan izin Allah s.w.t.

Taubat ( memohon keampunan ) :

Oleh itu , matlamat yang ingin kita buru dalam sempadan yang kedua ini ialah keampunan daripada Allah s.w.t atas segala kesilapan dan dosa yang telah kita lakukan.

Justeru itu, untuk menepati cirri-ciri orang yang benar-benar bertaubat , ulamak- ulamak Islam seperti Imam Al Ghazali meletakkan syarat-syarat taubat untuk dipenuhi bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan As Sunnah. Antara syarat taubat ialah : Mestilah kita meninggalkan perbuatan salah atau dosa tersebut. Mendatangkan penyesalan di dalam hati atas apa yang telah dilakukan. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi dan seterusnya memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Namun di sana , seandainya dosa itu dilakukan sesame makhluk seperti dengan ibu ayah, kawan-kawan atau jiran tetangga , ulamak menambah satu lagi syarat untuk dipenuhi iaitu mestilah memulangkan kezaliman yang dilakukan kepada orang yang dizalimi. Yang dimaksudkan dengan kata-kata ini ialah hendaklah kita mengembalikan hak orang yang kita ambil sama ada dalam bentuk yang dapat dilihat oleh mata seperti kita mencuri atau merompak dan lain-lain atau pun yang tidak dilihat oleh mata seperti kita mengumpat , menfitnah dan lain-lain. Ini kerana semasa kita mengumpat atau menfitnah seseorang , kita telah mengambil hak orang itu iaitu hak untuk sesuatu keaiban itu dilindungi dan dipelihara dari dibuka kepada orang lain. Bahkan dalam perkara fitnah ianya terlebih buruk di mana kita telah mengambil hak keamanan jiwanya daripada keamanan kepada keadaan ketakutan akibat daripada tuduhan yang tidak benar.

Justeru itu, dalam peluang yang Allah berikan kepada kita hendaklah kita merebutnya dengan sebenar-benarnya kerana kita meyakini bahawa usia yang dikurniakan kepada kita ada penghujungnya ,sama ada cepat atau lambat dan setiap perbuatan baik atau buruk ada balasannya. Kita bimbang seandainya kita melewat-lewatkan taubat kita akan terlewat untuk segala-galanya apabila datangnya malaikat untuk mengambil nyawa kita , di waktu itu segala penyesalan tidak akan ada gunanya lagi. Sabda Nabi s.a.w : Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara : Muda kamu sebelum datangnya tua , kesihatan kamu sebelum datangnya kesakitanmu , dan masa kaya kamu sebelum datang kemiskinanmu , dan masa lapang kamu sebelum datang waktu sibukmu , dan masa hidup kamu sebelum datang kematianmu.

Tahu dan Tidak Tahu ( Pasti Ada Bezanya )

Kalau orang bertanya di mana diriku,
Kan ku katakan padanya, aku masih tetap dijalan yang satu.

Kalau orang bertanya apa yang sedang dilaku,
Kan ku katakan padanya, aku juga sedang berbuat seperti dibuat nabiku.

Kalau orang bertanya, mengapa tidak kelihatan seru,
Kan ku katakan padanya, aku tetap seperti dahulu,
cuma masa terlalu mencemburuiku.

Ku tahu apa di dadaku,

Ku tahu apa ku laku,
ku tahu apa ku seru.

Andai masih ada yang berkata ( @ mengata ) ,
Bukan risauku untuk mengambil tahu,
Kerna sudah ada
Yang Maha Tahu
daripada mereka yang sentiasa tidak berusaha untuk tahu
akan sesuatu.

Tahulah, kerana iman dan tau mu ada darjat yang tersedia.
Selamat Menyambut Ketibaan
Ramadhan Al Mubarak


daripada :
Abu Raihanah & Keluarga


Dari Laman Web Fitnah Ke Laman Web Lucah

Berita hari ini mengwar-warkan gesaan supaya laman web yang didakwa berunsur fitnah ditutup demi memelihara undang-undang dan peraturan dalam negara. Cadangan ini dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Syed Hamid Albar seperti yang termuat di dalam akhbar Utusan.

Tidaklah kita ingin memberikan komen atas apa yang telah diperkatakan kerana saya yakin pembaca boleh menilai saranan tersebut dengan sama ada wajar atau tidak.

Namun apa yang dapat disimpulkan bahawa, kemungkinan untuk menutup sesuatu laman web atau menghalang ianya diakses oleh orang lain adalah berada di bawah tanggungjawab dan kemampuan kerajaan untuk mengendalikannya.

Persoalannya mengapa laman web yang memberikan impaks dan kesan yang buruk terhadap masyarakat sejak sekian lama tidak pula diambil tindakan yang bersungguh-sungguh untuk menyekatnya. Lambakan laman web yang menyajikan bahan-bahan lucah atau memiliki unsur-unsur kelucahan dan tahyul masih lagi dibenarkan beroperasi sedangkan ianya lebih lama bertapak daripada kehadiran laman-laman web yang didakwa mengandungi ftinah yang baru sehari dua bertapak dan dikenali masyarakat.

Justeru kita berharap, kesungguhan kerajaan dalam menangani permasalahan semasa janganlah dibuat atas dasar semata-mata pertimbangan politik semata-mata, namun hendaklah ianya disepadukan dengan pemulihan menyeluruh terhadap permasalahan semasa termasuklah masalah keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi sosial yang mana salah satu sebabnya adalah disebabkan oleh pembukaan laman-laman web lucah dan tahyul.

Kita yakin andai kata kerajaan bersungguh dalam menangani masalah ini , ia akan menyumbang kepada proses pemulihan syakhsiah masyarakat di samping pelaksanaan undang-undang Islam sebagai pelengkap kepada proses peningkatan sosio-budaya-ekonomi masyarakat khususnya di negara ini.

Kepada menteri yang bertanggungjawab, kita menyarankan agar beliau lebih bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan terutamanya perkara-perkara yang berada di bawah kuasa beliau untuk membantu proses pembaikpulihan masyarakat atau sebaliknya masyarakat akan menganggap bahawa segala tindakan yang dilakukan hanya untuk survival politik semasa bukan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dalam Dakapan Ramadhan 1

Ramadhan tiba sekali lagi dalam lipatan kehidupan kita. Bulan yang ditunggu oleh setiap mereka yang merindui akan kehadirannya. Bulan yang padanya seribu satu kelebihan , yang menjanjikan natijah yang terbaik bagi mereka yang merebut peluang beribadah yang terbentang luas.

Telah disebutkan dalam Al Quran dan As Sunnah berkenaan kelebihan-kelebihannya. Antaranya:

Pertama : Pada bulan inilah Al Quran diturunkan. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185 :

Maksud nya : ( Beberapa hari yang ditentukan itu ialah ) bulan Ramadhan , bulan yang di dalamnya diturunkan ( permulaan ) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang batil ).

Kedua : Dibukakan pintu rahmat dan dikunci pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari , nabi bersabda :

" Apabila datangnya bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga "

Dan di dalam Sohih Muslim nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda :

" Apabila datangnya bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga , dikunci pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan "

Ketiga: Dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan bagi mereka yang dapat beribadah dalamnya.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Qadr ayat 1-5:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al Quran ) pada malam lailatul qadar. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar”.

Barangsiapa yang mendapati malam itu ( lailatul qadar ) lalu dia beribadat di dalamnya dengan penuh keimanan dan keinsafan maka dijanjikan baginya pengampunan dosa-dosanya yang lalu. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

" Barangsiapa yang mendirikan ibadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah , maka di ampunkannya dosa yang telah dilakukannya , dan barangsiapa yang berpuasa ( di siang hari ) dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah , maka di ampunkannya dosa yang telah dilakukannya " .

Keempat : Di syariatkan pada bulan ini untuk seluruh umat Islam berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar hinggalah tenggelamnya matahari.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183 :

Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu agar kamu bertakwa.

Firman Allah lagi dalam surah Al Baqarah ayat 185 :

Maksudnya : " Maka barangsiapa di antara kamu hadir ( di negeri tempat tinggalnya ) di bulan itu , maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan brangsiapa sakit atau dalam perjalanan ( lalu dia berbuka ) , maka ( wajiblah baginya berpuasa ) , sebanyak hari yang ditinggalkan itu , pada hari- hari yang lain " .

Puasa

Di antara amalan yang diwajibkan kepada kita untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ini adalah berpuasa. Berpuasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat beribadah kepada Allah s.wt.

Antara kelebihan berpuasa ialah:

1- Puasa menatijahkan ketakwaan.

Firman Allah :

“ Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah difardhukan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu mudah-mudahan kamu bertakwa.

2- Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah diampunkan apa yang telah lalu daripada dosanya.

3- Puasa melindungi kita daripada maksiat dan siksaan api neraka.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

" Puasa itu adalah perisai , apabila seseorang daripada kamu berpuasa , maka janganlah dia melakukan sesuatu yang keji dan bertindak seperti orang jahil, sekiranya seseorang itu mengajak orang yang berpuasa itu berbunuh-bunuhan ( bergaduh ) atau memaki hamunnya, maka hendaklah dia berkata : Aku sedang berpuasa , aku sedang berpuasa – Muttafaqun Alaih.

4- Ganjaran yang akan dikurniakan kepada mereka yang berpuasa tiada hadnya di sisi Allah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNya melakukan ketaatan tersebut.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

" Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa , sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya "- Muttafaqun Alaih.

5- Orang yang berpuasa diakhirat kelak akan diseru untuk memasuki sebuah pintu yang diberi nama Ar Rayyan, hanya mereka yang berpuasa sahaja dapat melalui pintu tersebut.

Sabda Rasulullah :

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat suatu pintu yang dipanggil al Rayyan , orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu ini pada hari kiamat, tidak masuk seorang pun selain daripada mereka, apabila mereka masuk pintu tersebut dikunci, maka tidak dapat masuk seorangpun- muttafaqun alaihi.

6- Doa orang yang berpuasa tidak ditolak.

Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka , imam atau pemerintah yang adil , dan doa orang yang dizalimi. Allah mengangkat doa mereka di atas awan serta dibuka bagi doa mereka itu pintu-pintu langit, Allah berfirman : Demi kemuliaanku , aku pasti membantu kamu selepas masa ini.

7- Puasa akan datang kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat sebagai syafaat kepada tuannya.

Sabda baginda sallallahu alaihi wasallam:

Puasa dan Al Quran kedua-duanya memberi syafaat kepada hamba di hari kiamat , puasa berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah menegahnya dari makan dan syahwat, maka terimalah syafaat aku untuknya. Al Quran berkata : Aku telah menegahnya tidur diwaktu malam , maka terimalah syafaat aku untuknya. Lalu kedua-dua ( puasa dan Al Quran memberi syafaat).

Amalan dan adab yang mesti dijaga untuk mencapai matlamat puasa ( takwa ) :

1- Solat fardhu lima waktu ( secara berjamaah ) . Ia merupakan rukun kedua didalam Islam yang paling utama sesudah dua kalimat syahadat sebelum rukun ketiga iaitu puasa . Ia merupakan sebahagian dari ketakwaan yang juga menjadi alasan diwajibkannya puasa atas ummat ini. Tidak logik dan tidak sepatutnya seseorang itu hanya melakukan rukun ketiga ( puasa ) sedangkan ia meninggalkan rukun kedua ( solat ) dalam Islam yang menjadi tiang asas bagi agama. Bagaimanakah boleh seorang itu berpuasa sedangkan dalam masa yang sama dia meninggalkan solat ?!

2- Mengerjakan solat sunat bertarawih atau qiamullail. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa mendirikan ( menghidupkan dengan solat sunat malam) pada bulan ramadhan kerana beriman serta mengharapkan balasan pahala nescaya akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

3- Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya. Kerana Al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat nanti kepada orang yang membacanya.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan At-Tabrani dari Abdullah bin Amru RA katanya: telah bersabda Nabi SAW bermaksud: "Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari qiamat. Berkata puasa: wahai tuhanku, aku menahan orang ini dari makan dan hawa nafsu pada waktu siang hari maka izinkan aku berikan syafaat kepadanya.

Dan berkata pula Al-Quran : wahai tuhanku; aku menahannya dari tidur diwaktu malam maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Sabda Nabi: lalu kedua-dua amalan itu diberi izin oleh Allah memberi syafaat kepada orang yang melakukan ibadat itu.

Ramadhan tiba sekali lagi dalam lipatan kehidupan kita. Bulan yang ditunggu oleh setiap mereka yang merindui akan kehadirannya. Bulan yang padanya seribu satu kelebihan , yang menjanjikan natijah yang terbaik bagi mereka yang merebut peluang beribadah yang terbentang luas.

Telah disebutkan dalam Al Quran dan As Sunnah berkenaan kelebihan-kelebihannya. Antaranya:

Pertama : Pada bulan inilah Al Quran diturunkan. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185 :

Maksud nya : ( Beberapa hari yang ditentukan itu ialah ) bulan Ramadhan , bulan yang di dalamnya diturunkan ( permulaan ) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang batil ).

Kedua : Dibukakan pintu rahmat dan dikunci pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari , nabi bersabda :

" Apabila datangnya bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga "

Dan di dalam Sohih Muslim nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda :

" Apabila datangnya bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga , dikunci pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan "

Ketiga: Dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan bagi mereka yang dapat beribadah dalamnya.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Qadr ayat 1-5:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al Quran ) pada malam lailatul qadar. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar”.

Barangsiapa yang mendapati malam itu ( lailatul qadar ) lalu dia beribadat di dalamnya dengan penuh keimanan dan keinsafan maka dijanjikan baginya pengampunan dosa-dosanya yang lalu. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

" Barangsiapa yang mendirikan ibadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah , maka di ampunkannya dosa yang telah dilakukannya , dan barangsiapa yang berpuasa ( di siang hari ) dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah , maka di ampunkannya dosa yang telah dilakukannya " .

Keempat : Di syariatkan pada bulan ini untuk seluruh umat Islam berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar hinggalah tenggelamnya matahari.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183 :

Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu agar kamu bertakwa.

Firman Allah lagi dalam surah Al Baqarah ayat 185 :

Maksudnya : " Maka barangsiapa di antara kamu hadir ( di negeri tempat tinggalnya ) di bulan itu , maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan brangsiapa sakit atau dalam perjalanan ( lalu dia berbuka ) , maka ( wajiblah baginya berpuasa ) , sebanyak hari yang ditinggalkan itu , pada hari- hari yang lain " .

Puasa

Di antara amalan yang diwajibkan kepada kita untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ini adalah berpuasa. Berpuasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat beribadah kepada Allah s.wt.

Antara kelebihan berpuasa ialah:

1- Puasa menatijahkan ketakwaan.

Firman Allah :

“ Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah difardhukan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu mudah-mudahan kamu bertakwa.

2- Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah diampunkan apa yang telah lalu daripada dosanya.

3- Puasa melindungi kita daripada maksiat dan siksaan api neraka.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

" Puasa itu adalah perisai , apabila seseorang daripada kamu berpuasa , maka janganlah dia melakukan sesuatu yang keji dan bertindak seperti orang jahil, sekiranya seseorang itu mengajak orang yang berpuasa itu berbunuh-bunuhan ( bergaduh ) atau memaki hamunnya, maka hendaklah dia berkata : Aku sedang berpuasa , aku sedang berpuasa – Muttafaqun Alaih.

4- Ganjaran yang akan dikurniakan kepada mereka yang berpuasa tiada hadnya di sisi Allah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNya melakukan ketaatan tersebut.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

" Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa , sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya "- Muttafaqun Alaih.

5- Orang yang berpuasa diakhirat kelak akan diseru untuk memasuki sebuah pintu yang diberi nama Ar Rayyan, hanya mereka yang berpuasa sahaja dapat melalui pintu tersebut.

Sabda Rasulullah :

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat suatu pintu yang dipanggil al Rayyan , orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu ini pada hari kiamat, tidak masuk seorang pun selain daripada mereka, apabila mereka masuk pintu tersebut dikunci, maka tidak dapat masuk seorangpun- muttafaqun alaihi.

6- Doa orang yang berpuasa tidak ditolak.

Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka , imam atau pemerintah yang adil , dan doa orang yang dizalimi. Allah mengangkat doa mereka di atas awan serta dibuka bagi doa mereka itu pintu-pintu langit, Allah berfirman : Demi kemuliaanku , aku pasti membantu kamu selepas masa ini.

7- Puasa akan datang kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat sebagai syafaat kepada tuannya.

Sabda baginda sallallahu alaihi wasallam:

Puasa dan Al Quran kedua-duanya memberi syafaat kepada hamba di hari kiamat , puasa berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah menegahnya dari makan dan syahwat, maka terimalah syafaat aku untuknya. Al Quran berkata : Aku telah menegahnya tidur diwaktu malam , maka terimalah syafaat aku untuknya. Lalu kedua-dua ( puasa dan Al Quran memberi syafaat).

Amalan dan adab yang mesti dijaga untuk mencapai matlamat puasa ( takwa ) :

1- Solat fardhu lima waktu ( secara berjamaah ) . Ia merupakan rukun kedua didalam Islam yang paling utama sesudah dua kalimat syahadat sebelum rukun ketiga iaitu puasa . Ia merupakan sebahagian dari ketakwaan yang juga menjadi alasan diwajibkannya puasa atas ummat ini. Tidak logik dan tidak sepatutnya seseorang itu hanya melakukan rukun ketiga ( puasa ) sedangkan ia meninggalkan rukun kedua ( solat ) dalam Islam yang menjadi tiang asas bagi agama. Bagaimanakah boleh seorang itu berpuasa sedangkan dalam masa yang sama dia meninggalkan solat ?!

2- Mengerjakan solat sunat bertarawih atau qiamullail. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa mendirikan ( menghidupkan dengan solat sunat malam) pada bulan ramadhan kerana beriman serta mengharapkan balasan pahala nescaya akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

3- Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya. Kerana Al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat nanti kepada orang yang membacanya.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan At-Tabrani dari Abdullah bin Amru RA katanya: telah bersabda Nabi SAW bermaksud: "Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari qiamat. Berkata puasa: wahai tuhanku, aku menahan orang ini dari makan dan hawa nafsu pada waktu siang hari maka izinkan aku berikan syafaat kepadanya.

Dan berkata pula Al-Quran : wahai tuhanku; aku menahannya dari tidur diwaktu malam maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Sabda Nabi: lalu kedua-dua amalan itu diberi izin oleh Allah memberi syafaat kepada orang yang melakukan ibadat itu.

4- Bersedekah dalam apa jua bentuknya.

5- Beriktikaf di dalam masjid pada 10 akhir ramadhan dan bertadarus.

6- Mengadakan dan menjaga hubungan silaturahim diantara kaum kerabat , suadara mara, jiran tertangga serta kuam muslimin sekelian dari menyakiti hati mereka.

7- Memperbanyakkan zikrullah.

Selain itu , antara yang digalakkan kepada kita ialah:

1- Menyegerakan berbuka puasa sebaik masuk waktu berbuka dan melewatkan bersahur. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: “Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa”- ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).

Antara kesilapan orang ramai yang berpuasa ialah mereka menyalahi sunah Nabi SAW iaitu mereka menyegerakan bersahur atau meninggalkan makan sahur. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada kerberkatan”. Dan diceritakan pula oleh Zaid bin Sabit RA bahawa dia dan Rasulullah telah bersahur lalu sebaik sahaja bersahur mereka bangun solat subuh. Bila ditanya pada Zaid berapa jarak sahur dan solat subuh? Jawabnya lebih kurang 50 ayat bacaan. ( hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

2- Memulakan buka puasa dengan memakan buah kurma sepertimana yang disarankan oleh Nabi SAW yang mengalakkan kita berbuka dengan buah kurma. Didalam hadis riwayat Imam Ahmad dan selainnya dari Salman bin Amir al-Dhabi RA sabda Nabi SAW bermaksud: "apabila seseorang kamu hendak berbuka puasa maka hendaklah ia berbuka puasa dengan dimulai buah kurma kerana sesungguhnya pada buah kurma itu ada satu keberkatan . Dan sekiranya ia tidak mendapati buah kurma maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya ada pada air itu kesucian. ( Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani )

3– Memperbanyakkan doa ketika berbuka puasa.

4– Menyegerakan solat maghrib sekiranya makanan belum dihidangkan.

Rokok : Nafas Baru di Bulan Ramadhan

Kita meyakini bahawa rokok mendatangkan keburukan yang banyak kepada tubuh badan dan rohani kita bersandarkan kepada dalil-dalil serta kajian-kajian daripada pakar kesihatan sedunia. Ia telah menyebabkan seribu satu penyakit seperti sakit jantung, strok, darah tinggi, radang paru-paru dan lain-lain.

Justeru marilah kita menjadikan Ramadhan kali ini titik mula untuk kita menghentikan tabiat merokok. Merokok bukan sahaja tidak memberikan keuntungan di dunia bahkan ia juga menambahkan kesengsaraan dari segi keduniaan mahu pun untuk agama yang kita cintai ini.

Mudah-mudahan Allah memberikan kita taufik dan hidayah untuk kita beramal dalam usaha mencari redhaNya dalam dakapan Ramadhan yang mulia ini.

“ Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah diampunkan baginya dosanya yang telah lalu”.