Selamat mengunjungi laman aburaihanah.blogspot.com..

…Cuma Kerana Aku seperti Kerananya…

Merenung di kejauhan ,

Pusuan manusia buatku jelek,

Kehairanan..

Tuju hala yang tak bertuju ,

Kejar fatamorgana ,

Kehangatan yang disangka air ,

Bila tiba , penuh kelelahan ,

Yang ada hanya debu ,

Yang ada hanya…

Aku dipersalah,

Mengapa tak dikhabar ?

Kenapa hanya memandang ?

Tambah hairan ,

Ungkapan marah terserlah ,

Yang tak terdaya hanya berbisik kecil ,

Menghadiah sejambak kuntuman pahala ,

Untuk hidup di sana ,

Sedang di bibir terselit untaian daging,

Busuk lagi membusukkan.

Apa yang mampu ku jawab?

Serasa sudah ribuan kalimah ku ajukan ,

Sudah puluhan jumlah telah ku lontarkan,

Andai dihitung , mungkin jutaan huruf ku sebutkan.

Kalau bukan aku yang menuturkan,

Al Quran telah lama menyampaikan ,

Al Sunnah telah lama mengingatkan ,

Ulamak-ulamak telah lama membincangkan.

Aku telan segalanya,

Bukan kerana jawatan yang ku kejar,

Bukan kerana wang ringgit yang ku idamkan,

Bukan kerana perhatian yang ku dambakan,

Bukan kerana itu atau ini,

Cuma kerana aku seperti kerananya,

Kerana cinta,

Dia yang Maha Mengetahuinya.

4 comments:

Firdaus Omar said...

Wah mendalam maksudnya Ustaz. Teman puan memikirkan...tak banyak yang dapat teman simpulkan...

Whatever it is Ustaz, teruskan perjuangan... Apalah sangat yang kita harungi jika dibandingkan dengan ujian yang ditimpakan ke atas Rasulullah dan para sahabat..?
Begitu juga dengan ujian yang ditimpakan terhadap para Nabi dan Rasul yang terdahulu...

Takbir...!!

Air Setitik Team said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abu Raihanah said...

InsyaAllah, teman masih setia dengan perjuangan. Sekadar coretan puisi dambaan suara hati yang sekadar coretan tiada kaitan antara yang hidup dan mati:-). Masih berjinak-jinak dengan tulisan puisi. Teman memang minat menulis puisi. Puisi ni teman tulis masa teman kerja di Pos Malaysia, cabaran yang teman hadapi masa di Pos teman rakam dalam puisi. Dah sekian lama teman tak update pos, so teman carila bahan-bahan yang teman ada, teman masukkan jerla:-). Teman juga minta maaf kat jemaah Ulul Azmi yang tertanya-tanya ke mana teman menghilang minggu lepas. Teman kena balik Kedah hari Khamis-Jumaat sebab ada urusan sikit, hari sabtu ahad penuh dengan program jamaah.Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan kepada teman dan sahabat utk teruskan perjuangan menegakkan agama Allah. Takbiir!!

Abu Raihanah said...
This comment has been removed by the author.