Selamat mengunjungi laman aburaihanah.blogspot.com..

Seruan Allah Setiap Masa Menyeru Kita


Sedarkah kita sebenarnya seruan Allah kepada kita untuk mentaatinya berlangsung setiap saat di atas muka bumi ini.

Penciptaan bumi ini oleh Allah adalah antara bukti kebesaran dan keagungannya. Bumi yang di sana ukuran tempat dan masanya diletakkan di atas garisan magnitud dan longitud. Perubahan 1 pada magnitud dan longitud akan menyebabkan perubahan masa.

Azan akan berkemundang 5 kali sehari di serata dunia di mana kedudukan mereka yang melaungkan azan berbeza-beza. Justeru apabila saat ketika azan dikumandangkan di Putrajaya, sesaat selepas itu akan ada lokasi yang lain melaungkan azan.Begitulah seterusnya. Maka bumi ini tidak pernah lekang dari seruan mengajak manusia mentaati Allah melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain.

Oleh itu, bagi mereka yang belum lagi bersedia untuk tunduk kepada Allah dengan mentaati setiap suruhan dan larangannya atas alasan "belum sampai seru" maka sebenarnya mereka telah menipu diri mereka sendiri sedang seruan Allah sentiasa berkumandang setiap saat di atas muka bumi ini.

2 comments:

Firdaus Omar said...

Kenapa dah lama tak menulis? Busy?

Abu Raihanah said...

Agak sibuk, tak sempat update blog, bahan alhamdulillah ada. Maaf kepada semua yang menanti pengisian dari blog Abu Raihanah.