Selamat mengunjungi laman aburaihanah.blogspot.com..

Sendu Satu Subuh - Dek Kerana Ilmu dan Ilmuwan Yang Dicalar

"Aku melihat sinaran ilmu itu akan menerangi bumi bertuah ini satu hari nanti. Ilmu yang bukan sekadar untuk mencari suatu pekerjaan buat mengisi tembolok dan perut, tetapi ilmu yang akan memayungi sekalian jiwa yang suci bersih. Terkadang..hujan tak akan turun tanpa awan mendung di langit suram, namun hembusan bayu dan hajat bumi tidak pernahkan terhenti bertiup, gunung-ganang pun akan turut sama menyumbang, membongkar kepulan-kepulan awan hitam, dan hujan pun mula turun. Takdir Allah di atas segalanya. Rahmat Mu Ya Allah kami pohon" - Tribute buat 'sahabat' kami. Teruskan perjuangan ilmumu, hanya Tuhan yang akan membalasnya. Doa tulus kami panjatkan, biar pun dirimu tidak pernah mengenali.
Abu Raihanah.
7.50 pagi.
23 Zulkaedah 1432H

No comments: