"Sesungguhnya Allah ta'ala itu baik , Dia tidak menerima melainkan yang baik semata-mata. Dan sesungguhnya Allah telah menyuruh orang-orang yang beriman seperti mana suruhannya kepada para Rasul : ( Wahai Rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik, sesungguhnya Aku ( Allah ) daripada apa yang kamu kerjakan Maha Mengetahui. Wahai orang-orang yang beriman makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu semua.. ) kemudian baginda menyebut ( perihal ) seorang lelaki yang bermusafir dalam keadaan kusut masai dan berdebu, yang mengangkat kedua tangannya ke langit ( memohon ) Ya Tuhanku, Ya Tuhanku ( dalam keadaan ) makanannya adalah ( daripada ) yang haram , minumannya adalah ( daripada ) yang haram , pakaiannya adalah ( daripada ) yang haram , hidangannya adalah dari yang haram , maka tidak dikabulkan baginya ( doanya itu) "- Rawahu Muslim.
Syukur kepada Allah yang telah melimpahkan seribu satu nikmat dan rahmatnya , selepas diberi ujian kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan.
Antara pengajaran yang dapat dihayati daripada apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah kepentingan untuk memastikan sumber yang sampai ke dalam rezeki yang saban hari masuk ke dalam saku kita adalah dari sumber yang halal. Rezeki yang haram akan menyebabkan ianya akan menjadi kebiasaan kita menggunakannya yang akhirnya akan menutup pintu antara kita dengan Allah. Apabila dimohon kepadaNya dalam keadaan susah dan amat-amat memerlukan pertolongan daripadaNya, seolah-olah ianya tiada apa-apa di sisi Allah akibat daripada tabiat yang membiasakan diri dengan perkara-perkara yang haram.
Berapa banyak daripada sumber yang kita perolehi hari ini adalah berpunca daripada jalan yang tidak halal. Daripada rasuah yang secara terang-terangan mahu pun 'hadiah' atas usaha yang dijalankan sekali pun kita adalah pemakan gaji yang tetap. Sedar atau tidak, itulah penyebab kepada kemurkaan Allah yang akan menutup pintu antara kita denganNya tatkala kita amat memerlukan 'pertolongan' daripadaNya.
Maksiat juga antara penyebab yang akan menjarakkan hubungan kita denganNya. Ibarat dua pasang kekasih yang asalnya saling merindui dan menyayangi. Akibat dari salah laku satu pihak akan menyebabkan pihak yang satu lagi jauh hati dan menjarakkan lagi hubungan yang semakin hari semakin parah.
Tiada jalan lain melainkan kembali kepada Allah memohon keampunan di atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

No comments:
Post a Comment